Welcome Readers..

Blog ini mengisahkan tentang apa saja yang berlaku dalam dunia pada hari ini yang mana akan ku kupas mengikut pemerhatian dan pandangan ku sendiri.

Saturday, February 20, 2010

malam CNY 2010


Salah satu patung yang terdapat di KDCA yang mana melambangkan kekayaan dan tuah bagi masyarakat cina.

camera angle : low angle/frog view.
iso : 1600
f/stop : f/2.8
date : 14/2/10


Patung naga yang terletak di bahagian luar pagar KDCA dimana naga merupakan salah satu binatang yang begitu sinonim pada tahun baru cina sama seperti singa. Dalam gambar ini seolah - olah naga tersebut menjaga kawasan pagar KDCA.


camera angle : normal view.
iso : 1600
f/stop : f/2.8
date : 14/2/10


Kelihatan orang ramai berpusu - pusu untuk masuk ke tapak karnival pada malam tahun baru cina dan suasana pada ketika ini sangat meriah.


camera angle : normal view. (subjective camera)
iso : 1600
f/stop : f/2.8
date : 14/2/10


Salah satu hiasan di tapak karnival.


camera angle :normal view. (total shot)
iso : 1600
f/stop : f/2.8
date : 14/2/10


Sekumpulan warga emas berbangsa cina sedang menyanyikan lagu(xtau lagu apa) dan para penonton kelihatan sangat fokus kepada persembahan.


camera angle : normal view. (subjective camera)
iso : 1600
f/stop : f/2.8
date : 14/2/10

suasana sebelum CNY 2010


Pintu gerbang untuk masuk ke jalan gaya(gaya street). Suasana pada ketika ini sangat sunyi kerana rata - rata masyarakat setempat lebih memilih untuk berehat di rumah.


camera angle : normal view.
iso : 1600
f/stop : f/2.8
date : 13/2/10


Suasana sunyi menggamit perasaan. Sekitar kawasan bandar Kota Kinabalu.


camera angle : normal view.
iso : 1600
f/stop : f/2.8
date : 13/2/10


Pada waktu siang, kawasan ini sering menjadi tumpuan kerana terdapat beberapa buah bank dan pejabat - pejabat syarikat swasta. Namun keadaannya amat berbeza pada malam sebelum tahun baru cina.


camera angle : normal view.
iso : 1600
f/stop : f/2.8
date : 13/2/10


Di jalan gaya ini, terdapat beberapa buah kedai makan yang dimiliki oleh orang cina dan sering kelihatan sibuk namun pada waktu ini, keadaannya amat berbeza sekali kerana perayaan tahun baru cina.


camera angle : low angle/frog view.
iso : 1600
f/stop : f/2.8
date : 13/2/10

suasana sambutan tahun baru cina 2010


Singa telah naik ke atas pentas dan berjalan mengelilingi tiang - tiang khas sementara menunggu singa utama yang akan membuat persembahan. Dalam persembahan tarian singa, kemuncak persembahan ialah singa utama akan naik ke atas tiang dan akan melakukan gerakan yang memukau para penonton.


camera angle : high angle/bird view.
iso : 1600
f/stop : f/2.8
date : 15/2/10


3 orang pemuda cina sedang memukul gendang sementara menantikan singa - singa untuk naik ke atas pentas. Paluan gendang bergema ke setiap sudut ruang utama kompleks karamunsing. Gendang merupakan salah satu alat muzik yang penting dalam persembahan tarian singa.


camera angle : high angle/bird view.
iso : 1600
f/stop : f/2.8
date : 15/2/10

Friday, February 19, 2010

JENIS-JENIS SHOT

CU (Close Up)
Shot yang menampakan daripada bahu sampai atas kepala.

MCU (Medium Close Up)
Shot yang menampilkan separas dada sampai atas kepala.

BCU (Big Close Up)
Shot yang menampilkan bahagian tubuh atau benda tertentu sehingga tampak besar. Misal : wajah manusia sebatas dagu sampai dahi.

ECU (Extrime Close Up)
Shot yang menampilkan bentuk objek. Misalnya mata, hidung, atau telinga.

MS (Medium Shot)
Shot yang menampilkan sebahagian pinggang sampai atas kepala.

TS (Total Shot)
Shot yang menampilkan keseluruhan objek.

ES (Establish Shot)
Shot yang menampilkan keseluruhan pemandangan atau suatu tempat untuk memberi orientasi tempat di mana peristiwa atau adegan itu terjadi.

Two Shot
Shot yang menampilkan dua orang.

OSS (Over Shoulder Shot)
Pengambilan gambar di mana kamera berada di belakang bahu salah satu pelaku, dan bahu si pelaku tampak atau kelihatan dalam frame. Objek utama tampak menghadap kamera dengan latar depan bahu bertentangan.

SUDUT PENGAMBILAN KAMERA

High Angle (Bird eye view)
Posisi kamera lebih tinggi dari objek yang diambil.

Normal Angle
Posisi kamera sejajar dengan ketinggian mata objek yang diambil.

Low Angle (Frog eye view)
Posisi kamera lebih rendah dari objek yang diambil.

Objektif Kamera
Teknik pengambilan di mana kamera menyajikan sesuai dengan kenyataannya.

Subjektif Kamera
Teknik pengambilan di mana kamera berusaha melibatkan penonton dalam peristiwa. Seolah-olah lensa kamera sebagai mata si penonton atau salah satu pelaku dalam adegan.

GERAKAN KAMERA
Panning
Panning adalah gerakan kamera secara horizontal (posisi kamera tetap di tempat) dari kiri ke kanan atau sebaliknya.
Pan right : gerak kamera mendatar dari kiri ke kanan.
Pan left : gerak kamera mendatar dari kanan ke kiri.

Tilting
Tilting adalah gerakan kamera secara vertikal (posisi kamera tetap di tempat) dari atas ke bawah atau sebaliknya.
Tilt up : gerak kamera secara vertikal dari bawah ke atas.
Tilt down : gerak kamera secara vertikal dari atas ke bawah.

Tracking
Track adalah gerakan kamera mendekati atau menjauhi objek.
Track in : gerak kamera mendekati objek
Track out : gerak kamera menjauhi objek

rujukan : (http://misteridigital.wordpress.com/2007/07/01/jenis-jenis-shot-sudut-dan-gerakan-kamera/)
MENGENALI KAMERA

Untuk menghasilkan kerja-kerja senifoto yang baik, peralatan berikut diperlukan.
1. Kamera dan peralatan tambahan
2. Cahaya
3. Bakat

Pada peringkat awal perkembangan kamera, jenis-jenis berikut telah diperkenalkan.
i. Ukuran Separuh
ii. Ukuran Leica
iii.Ukuran 6x6

i. Ukuran Separuh:
Kamera jenis ini boleh merakam gambar sebanyak dua kali ganda dari jumlah filem. Setiap exposer filem hanya separuh digunakan. Jika filem yang digunakan 36 exposer, anda akan perolehi sebanyak 72 exposer. Kamera jenis ini tiada lagi di pasaran.


ii. Ukuran Leica:
Kamera jenis ini boleh diperolehi dalam bentuk negatif 24x56 mm. Shutter kamera jenis ini dibentuk dalam dua jenis; Shutter Lens dan Shutter Focal Plane.
Terdapat dalam kumpulan ini Kamera Single Lens Reflex (SLR)

iii. Ukuran 6x6:
Ukuran jenis ini boleh diperolehi dalam format View Kamera. Terdapat dalam jenis Rengfinder Shutter Lens , Single Lens Reflex. Dalam kamera seumpama ini yang menggunakan jenis Twin Lens Reflex (TLR). Jenis kamera yang tergolong dalam kumpulan-kumpulan ini ialah kamera Twin Lens Reflex (TLR) dan Single Lens Reflex (SLR).

Alat tambahan kamera bertujuan memudahkan kerja-kerja senifoto yang berat. Kebanyakan kamera SLR dan kamera View ada disediakan alat tambahan.
Berikut ialah sebahagian alat tambahan pada sebuah kamera.
i. Lens
ii. Exposer Meter
iii. Flash
iv. Filter
v Tripod
i. Lens:
Lens amat penting pada sebuah kamera. Lens mesti bersih dari debu dan kesan calar. Oleh itu penjagaan lens perlu diutamakan. Elakkan dari terkena fungus dan wap air.

JENIS - JENIS LENS:
Berikut ialah jenis-jenis lens.
a. Wide Angle Lens
b. Standard Lens
c. Telephoto Lens
d. Zoom Lens

a.Wide Angle Lens - Merupakan Lens yang membolehkan kita mengambil gambar pada sudut yang luas. Dalam kategori ini, Wide Angle terbahagi pula kepada Super Wide.

Berikut ialah jenis Lens Wide Angle.
16mm, 18mm, 20mm, 24mm, 35mm,
Jika lebih kecil angkanya bermakna lebih luas bukaan sudut pandangannya. Namun perlu diingatkan sudut yang luas akan memberi kesan lengkung.

b. Standard Lens - Ialah lens yang boleh mengambil gambar mengikut pandangan mata manusia. Lens ini amat sesuai untuk mengambil gambar-gambar potret Contoh: 50mm, 55mm, 70mm.

c. Telephoto Lens - Ialah lens yang memiliki sudut pandang yang sempit. Ia amat sesuai untuk mengambil gambar pada jarak yang jauh. Telephoto Lens juga berperanan untuk crouping gambar.
Contoh Lens: 135mm, 200mm, 300mm,500mm, 1000mm

d. Micro Lens - Ialah lens yang boleh merakam gambar pada jarak dekat untuk keperluan gambar-gambar mikro atau close-up. Lens ini memiliki angka seperti yang terdapat pada Lens Standard dan Telephoto.
Contoh: 55mm, 105mm, 200mm
Lens 55mm boleh merakam gambar pada jarak dekat. Lens 105mm dan 2000mm boleh merakam gambar mikro pada jarak jauh.
e. Zoom Lens - Ialah lens yang menggabungkan beberapa ciri lens yang tersenarai diatas. Ini bermakna, dalam satu lens terdapat dua atau tiga sudut lens.
Contoh: 25mm - 55mm, 70mm -135mm, 80mm -200mm.

fungsi-fungsi lens.

a. Focusing Ring
b. Aperture

a. Focusing Ring - Peranan Focusing Ring ialah untuk mencari jarak yang tepat agar gambar tidak kabur.

b. Aperture - Ialah alat bukaan lens yang juga dikenali sebagai f/stop. Tanpa f/stop gambar tidak terhasil dengan baik. f/stop membantu menapis kemasukkan cahaya ke filem. Lubang f/stop yang besar ditanda dengan angka kecil. Manakala f/stop yang kecil diwakili oleh angka yang besar.

Contoh Aperture analog:

f32,f22,f16,f11 - lubang kecil

f8,f5.6,f4 - lubang sedarhana

f3,f3.5,f2,f2.8 - lubang besar

Setelah wujudnya kamera digital, Aperture telah berubah dan bertambah jumlah bacaannya.
Contoh tambahan yang berlaku:
f32,f30,f22,f20,f16,f12,f11 - lubang kecil
f10,f8,f5,f5.6,f4 - lubang sedarhana
f3,f3.5,f2,f2.8 - lubang besar
Angka Aperture yang berwarna merah merupakan tambahan pada kamera digital.

DEPTH OF FIELD

i. Aperture berfungsi untuk menghasilkan gambar yang bermutu. Untuk mendapatkan gambar yang tajam (Sharp), gunakan Aperture yang kecil agar DEPTH OF FIELD menjadi tajam.

DEPTH OF FIELD ialah keadaan gambar Out Focus atau In Focus
Jika mahukan gambar yang kabur dibahagian latarbelakang, gunakan Aperture yang sederhana. Keadaan gambar akan menimbulkan kabur dibahagian latarbelakang. Namun penggunaan jenis lens juga akan memberi kesan yang baik untuk teknik ini. Contoh Lens yang dimaksudkan ialah Micro, atau Telephoto.
Penggunaan Aperture juga boleh mempengaruhi keadan gambar menjadi Soft atau High Contras.
Ketika menggunakan flash sila pastikan penggunaan Aperture yang betul agar gambar yang anda rakam tidak over atau under exposes.

SHUTTER SPEED:
Shutter Speed ialah Kelajuan Bukaan Lens. Shutter Speed ditanda dengan angka.

Contoh Shutter Speed ialah:

1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30 - Shutter Speed perlahan
1/60,1/125,1/250 - Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju
Jika pada kamera digital terdapat perbezaan Shutter Speed seperti yang ditandakan pada warna merah.

1/B - Shutter Speed paling perlahan
1/1,1/2,1/4,1/8,1/15,1/30,1/40- Shutter Speed perlahan
1/60,1/80,1/125,1/250,1/300- Shutter Sederhana
1/500, 1/1000, 1/2000, 1/4000 - Shutter Speed Laju

1/1 bermaksud bukaan selama 1 saat. Manakala 1/4000 ialah 1 saat dibahagi 4000. Ini bermakna 1/1 merupakan Shutter Speed paling lama bukaannya. 1/4000 merupakan Shutter Speed paling laju. Namun terdapat satu lagi Shutter Speed yang boleh dibuka seberapa lama yang anda mahu, iaitu Shutter Speed 1/B
Penggunaan Shutter Speed yang tepat dengan Aperture akan menentukan penghasilan gambar yang baik. Jika tidak gambar akan under atau over expose.

FUNGSI APERTURE DAN SHUTTER SPEED -
ii. Shutter Speed digunakan untuk rakaman gambar yang bergerak. Contohnya merakam sebuah kereta yang sedang bergerak gunakan Shutter Speed yang laju (1/250) oleh itu kereta yang dirakamkan akan terhenti di dalam gambar. Teknik Panning boleh digunakan dengan menggerakkan kamera mengikuti pergerakan kereta hasilnya latarbelakang gambar akan kabur. Latar belakang yang kabur itu disebabkan oleh pergerakan kamera.
Exposer Meter merupakan alat tambahan yang membantu bagi mendapatkan gambar yang baik. Jika sebelum wujud Exposer Meter, penggiat senifoto perlu mahir memahami keupayaan cahaya. Exposer Meter boleh mengukur cahaya dengan tepat dan pantas.

Terdapat dua jenis Exposer Meter di pasaran

a. Exposere Meter Binaan Dalam
b. Exposere Meter Bebas Guna.



a.Exposere Meter Binaan Dalam
Exposer Meter jenis ini mudah digunakan. Komponennya dibina didalam kamera. Namun anda perlu mahir menggunakannya jika tidak gambar akan under expose. Contoh jika mengambil gambar di kawasan berlatar belakangkan cahaya yang kuat. Cahaya yang dimaksudkan seperti di pantai bilamana latar belakangnya adalah langit dan air laut pada waktu siang. Objek yang berada di sekitarnya akan hitam jika pengiraan tidak tepat. Kamera sekarang semuanya disediakan dengan Exposere Meter jenis ini.

b. Exposere Meter Bebas Guna
Exposer jenis ini direka berasingan dengan Kamera. Cahaya yang diukur dengan menggunakan exposer jenis ini lebih tepat kerana ia boleh diukur pada keadaan cahaya yang sebenar. Kerja-kerja mengambil gambar yang berbentuk pengiklanan lebih mudah dilakukan termasuk juga kerja-kerja Close-up, Modeling.

Exposer meter Bebas Guna terdapat dalam dua kategori.
i. Exposer Meter Daylight: Hanya mengira cahaya Matahari atau
cahaya buatan seperti cahaya lampu.
ii. Exposer Meter Elektronik: Untuk mengira cahaya dari lampu
flash studio.


iii. Flash:
Flash membantu kerja-kerja senifoto jika keadaan di lokasi kurang atau ketiadaan cahaya. Flash dapat membantu menghilangkan bayangan (shadow) pada muka model jika rakaman dilakukan di bawah cahaya matahari.
Pembinaan flash adalah di luar sebuah kamera. Namun sudah ada flash yang dibina pada kamera. Umpamanya kamera astamatik telah sedia dibina flash. Namun flash ini tidak boleh memberi kepuasan pada senifoto kreatif.

Flash dibina untuk penggunaan yang begitu maksimum. Jika pada peringkat awal wujudnya flash, ia hanya disediakan bagi penggunaan manual. Flash jenis ini hanya boleh berfungsi dengan mengeluarkan cahaya paling maksimum walaupun gambar yang dirakam itu dekat. Sedangkan flash moden telah dibina dengan fungsi automatik. Dengan fungsi ini flash boleh diubah suai mengikut keadaan objek yang hendak dirakamkan.

Disamping fungsi automatik fungsi manual masih disediakan. Namun dengan adanya fungsi automatik penggunaan bateri pada flash menjimatkan. Pada fungsi automatik beberapa faktor perlu diambil perhatian. Beberapa butang control hendaklah diletakkan pada tempatnya.

Contoh; ada butang yang mengawal kedudukan Aperture, Shutter Speed, ASA. Jika kedudukan butang ASA tidak diletakkan pada kedudukan yang betul, maka kiraan f/stop, Shutter Speed akan menjadi tidak tepat. ASA 100 akan memberikan f/stop 8 untuk jarak tiga kaki ke bawah. Tetapi pada ASA 400 kiraannya ialah f/stop 11. pada kebanyakan kamera era sekarang Shutter Speed untuk penggunaan flash ialah 1/60 dan 1/125.

iv. Filter:
Filter dibuat dari plastik tahan lasak yang berkualiti tinggi. Ada juga yang dibuat dari kaca yang bermutu.
Filter berfungsi; menyelamatkan lens dari terkena debu, terguris yang mungkin menyebabkan lens rosak. Filter juga berfungsi untuk memberi kesan sampingan pada gambar warna dan memberi kesan High Contras dan Low Contras pada filem hitam putih.
Filter ultra voilet (UV) membantu mencegah Lens agar tidak tercalar. Sementara Filter yang membantu membuat pembetulan ialah Filter Biru, Merah, Kuning, Polarizing. Star Filter, Multi Filter. Filter-Filter ini juga membantu untuk kesan sampingan (Special Effec)

rujukan : (http://pkukmweb.ukm.my/~raai/kamera_alat_tambahan.html)
Kamera
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Large format camera lens.
Kamera ialah alat yang digunakan untuk menangkap imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (filem atau video). Istilah ini serta kamera masa kini berevolusi dari camera obscura, frasa bahasa Latin bagi "bilik gelap", suatu mekanisme awal bagi memaparkan imej, yang mana seluruh bilik yang berfungsi sebagai sistem penghasilan imej tepat pada masa. Camera obscura ini mula-mula dicipta oleh ahli sains Muslim bernama Abu Ali Hasan Ibn Al-Haitham dan disifatkan dalam buku beliau bertajuk Kitab al-Manazir ("Buku Optik", 1015-1021).[1] Saintis berbangsa Inggeris Robert Boyle dan Robert Hooke kemudiannya mencipta camera obscura yang mudah alih sekitar 1665-1666.[2]
Kamera boleh berfungsi melalui cahaya spektrum nyata atau melalui bahagian-bahagian lain pada spektrum elektromagnetik. Sesebuah kamera biasanya berlampirkan sejenis rongga dengan satu bukaan di sebelah bagi memasukkan cahaya, dan satu permukaan rakaman atau pandangan bagi menangkap cahaya itu pada sebelah yang lain. Kebanyakan kamera mempunyai sebutir lensa yang terletak di hadapan bukaan kamera untuk mengumpul cahaya yang masuk dan untuk memfokuskan imej, atau sebahagian imej, pada permukaan rakaman. Diameter bukaan itu biasanya dikawal oleh satu mekanisme diafragma, namun ada kamera yang mempunyai bukaan bersaiz tetap.

Tuesday, February 9, 2010

definisi fotografi

Fotografi

Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya. Pola-pola cahaya yang dipanculkan atau dipancarkan oleh objek-objek dirakamkan pada perantaraan peka atau cip storan melalui pendedahan tempoh tertentu. Proses ini dilaksanakan melalui peranti-peranti mekanik, kimia atau digit yang dikenali sebagai kamera.

Perkataan fotografi datang daripada perkataan Greek, iaitu φως phos ("cahaya"), dan γραφις graphis ("stilus", "berus lukis"), atau γραφη graphê yang bersama-sama bermaksud "pelukisan dengan cahaya" atau "lukisan". Secara tradisi, hasil daripada fotografi dipanggil "gambar foto". Dalam fotografi digit, istilah "imej" telah bermula menggantikan istilah "gambar foto". (Istilah "imej" ialah istilah tradisi dalam bidang optik geometri. Fotografi juga dikenali sebagai "tangkap gambar" dalam bahasa Melayu.

Prosesnya melibatkan dua peralatan penting iaitu:

1. Pengumpul cahaya = Kamera
2. Perakam cahaya = Filem atau sensor

rujukan : http://ms.wikipedia.org/wiki/Fotografi