Welcome Readers..

Blog ini mengisahkan tentang apa saja yang berlaku dalam dunia pada hari ini yang mana akan ku kupas mengikut pemerhatian dan pandangan ku sendiri.

Thursday, June 26, 2014

Kegilaan baharu.

Assalamualaikum & salam ramadhan..

Fuh, rasanya dah lama aku tak jenguk blog aku ni sampaikan terlupa nama pengguna dan kata laluan..hahaha, abaikan. Sedar tak sedar kita dah pun nak masuk bulan ramadhan al mubarak yang dirindui. Masa berjalan terlalu lalu sampaikan aku terasa macam baru semalam kot kita baru abis raya (hahah, memang panjang mood raya aku ni) tapi serius, masa tu dah terlalu cepat berlalu sekarang. Ah, abaikan.. apa yang penting untuk ramadhan kali ni jom kita sama-sama ubah diri kita..perbanyakkan muhasabah diri..renungkan apa pencapaian terbesar yang dah kita buat selepas ramadhan tahun lepas sama ada meningkat atau menurun. Kalau meningkat, Alhamdulillah tapi kalau menurun, Subhanallah.. Sama-sama tingkatkan untuk ramadhan kali ni. Sebenarnya, bukan yang ni aku nak ceta.. ni cuma kata alu-aluan jak (ikut format teks ucapan spm :P). Apa yang aku nak kongsi pepagi ni ialah tentang kegilaan baharu (amboi, bahasa aku..format bm abis, haha) yang sebenarnya dah lama aku nak buat tapi semuanya tak kesampaian jadi kali ini aku nak sampaikanlah..Apa tu kegilaan baharu aku?? hanya satu perkataan jak yang dah boleh gambarkan apa kegilaan baharu aku tu iaitu 'GUNPLA'..hahaha,


APA TU GUNPLA Brader??

Bagi sesapa yang tak tau apa bondonya GUNPLA tu, meh aku ceta sikit. GUNPLA ni sebenarnya model kit robot kecik yang kita potong dan cantum yang akhirnya siap sama ada dalam tempoh berhari-hari (versi malas) atau siap dalam sehari jak (versi semangat). GUNPLA ni terbahagi kepada beberapa jenis ikut kualiti dan saiz. Ada yang bersaiz comel gitu dan ada yang bersaiz gergasi (boleh ganti beruang busuk yang bebudak selalu bawa tido..hahah). Senang ceta, korang rujuk gambar bawah ni..aku malas nak taip panjang-panjang.


Nampak tak? yang ni lah GUNPLA, kegilaan baharu aku..saiz yang paling besar tu dah boleh bawa tido..hahaha, cuma keras sikit dari patung beruang kaler coklat tu.. Kiranya aku ni baru nak menapak dalam hobi kumpul benda ni..hahaha, Nak dijadikan ceta, aku dah usha mana satu yang aku nak jadikan GUNPLA pertama aku. Jadi, fikir punya fikir akhirnya aku pilih jenis RG (REAL GRADE) disebabkan kualitinya yang mantap walaupun mahal sikit..huhuhu, tak pa lah, yang penting hati puas brader. hahah, OPSS, sebelum aku ceta lebih panjang, baik aku ceta apa tu REAL GRADE.. Macam yang aku cakap tadi, GUNPLA ni dibezakan ikut kualiti dan saiz. Kalau tadi, korang dah nampak beza GUNPLA dari segi saiz kan? Sekarang, korang tengok pulak gambar ni.


Setiap saiz dan kualiti GUNPLA ni dikategorikan ikut gred.. Macam yang korang dah tengok dalam gambar di atas, kualiti paling rendah dan comel ialah SD BB dan yang paling tinggi Perfect Grade (PG). Sebenarnya ada lagi jenis-jenis GUNPLA selain dari dalam gambar ni cuma yang ni adalah yang biasa orang cari dan kumpul. Jadi, kalau korang tengok model RG dan HG lebih kurang sama saiz kan? tiada beza pun kan? Napa tak ambil HG? Sebenarnya, yang membezakan RG dan HG ialah kualiti dan ketelitian model tu. RG ni kiranya lebih menyamai model GUNDAM anime yang kita dok layan tu (bagi yang minat lah). Dari aspek warna model pun ada beza jugak dan disebabkan model RG ni lebih sama dengan anime maka segala pelekat dan warna tu lengkap dan sempurna. Kalau nak buat tambah garisan halus pun sikit jak berbanding HG yang kita kena banyak lukis dan tambah warna. Jadi, sebab tu lah aku pilih RG.. haha, tu lah jak lah aku nak kongsi pepagi ni. In Shaa Allah, kalau aku dah dapat model kit tu, aku akan kemaskini lagi entri tentang GUNPLA ni, Apa jenis model yang aku pilih disamping perkembangan 'pembinaan' robot aku tu nanti..hahaha, jadi TUNGGU...

Sekian..

p/s: aku taip entri ni sambil dengar lagu raya..siok woo, macam esok jak nak raya..hahah, layan..

Friday, March 7, 2014

Penjenamaan semula..

Assalamualaikum.. Fuh, akhirnya setelah sejam lebih aku memilih rekabentuk paparan, siap jugak lah blog yang pernah menjadi salah satu tugasan aku masa menuntut di universiti dulu. Rasanya rekabentuk paparan yang ringkas itu lebih baik sebab memudahkan bahan untuk dibaca. Takda lah serabut sangat otak melihat apa yang blog aku ni. OK, dengan ini secara rasminya aku menjenamakan semula blog yang sebelum ini isinya lebih kepada tugasan yang wajib disiapkan kepada blog santai yang akan jadi tempat aku meluahkan apa yang aku lihat,dengar,rasa dan fikir. Bahasa yang aku gunakan untuk penulisan blog ini memang agak kebakuan dengan bahasa 'pasar' tapi aku lebih memilih untuk gunakan bahasa melayu 'pasar' daripada mencampurkannya dengan bahasa lain. Biarlah bahasa 'pasar' itu melayu berbanding bahasa 'rojak' import daripada luar negara. Jadi, bersedialah untuk membaca isi fikiran aku yang taklah seberapa ini. Sekali lagi, selamat datang ke blog ini dan selamat membaca. Sekian... fuh